My phone have had uneasy time since 12midnight.... of course from dearest friends and family. Here are some messages that I received... anyway, thanks everybody, SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI to you all too...
----------------------------------------
Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin Semoga di rahmati Allah hendaknya.
Dari, Osman dan Keluarga.
Assalamualaikum wbt.
Kalau dilipek sebosar kuku... Kalau dibontang sebosar alam...
Kok hilang dicaghi... kok hanyut dipinteh...
kok tonggolam di solam... Datang biarlah nampak muko...
Kok poei biarlah nampak belakang...
Jauh diimbau... dokek digamit...
Seuntai salam, sejambak kato...
Dogup bicagho... meghisik ghaso...
Salam Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin buat seisi keluargo...
Ikhlas dari Meor, Linda, Ifan, Fatin dan Fazlen.
Meredah hutan di pagi hari,
Hajat mencari si daun palas,
Tersusun rapi sepuluh jari,
Kemaafan dipohon dengan ikhlas...
Dari, Faisal dan Yane
SMS pengganti diri. Bukan lupakan tradisi,
Tapi ikut teknologi di hujung jari...
Salam Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin
Dari Faquan sekeluarga
SELAMAT HARI RAYA to you and your loved ones.
Maaf Zahir dan Batin.
From Selvakumar, SMK Convent, Butterworth
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.
Jika langkah membekas lara, Jika kata merangkai dusta,
Jika tingkah menoreh luka, Jika suara menikam rasa,
Ampun maaf dipinta...
Dari mustafa, azwa, danial haziq & qaisara irdina.
Di Aidilfitri mulia, maaf dipinta jika:
Terkasar bahasa, Tersilap bicara, Termarah tiba2,
Tertanya x tentu hala, Tersasul yang x sengaja,
Terpinjam harta benda, Termoody x semena2,
Terumpat bila-bila dan mcm2 lagi yang ada.
Selamat Hari Raya Aidilfitri.
Dari Zainab dan keluarga.
Andai ku tahu ya Allah kemaafan itu maha agung di sisiMu,
Akan ku jaga setiap kata yang diucap dan tingkahlaku yang boleh
mengguris hati saudara seIslamku,
Ya Allah kau lembutkanlah hati-hati saudaraku untuk menerima keampunan
dari hambamu ini,
Allahuakbar Walillahilhamd..
SELAMAT AIDILFITRI ku MOHON MAAF ZAHIR BATIN
Dari: Osman dan keluarga
Dalam kelembutan lidah ada juga keterlanjuran kata,
Dalam gurau dan senda tentu ada khilaf dan dosa,
MOHON MAAF ATAS SEGALANYA,
MAAF ZAHIR DAN BATIN,
SELAMAT HARI AIDILFITRI...
Dari: Adam Rafik dan sekeluarga
For things I did wrong,
For words which might hurt,
For jokes you can't take,
and for advise you can't accept, 1001 apologies,
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
From: Ruziah Ahmad
Adat manusia tidak sempurna,
Tersilap kata terlanjur bahasa,
Salam dihulur maaf dipinta,
Semoga lebaran berkat dirasa,
Hubungan terjalin bertambah mesra.
SALAM AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN
Daripada: Aisyah, Syamsuri, Syukri dan Samihah
Gemersik Takbir memuji Ilahi,
Bermula Syawwal, berlalu Ramadhan,
Sembah salam tulus di hati,
Mohon Maaf sempena lebaran.
Dari: Azniwati Ishak